• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelumba Jepun Kuasai Hari Pertama ARRC

oleh Sifulan
06/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUMBA Jepun, Yuki Ito menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mencatat masa terpantas sesi latihan bebas pada hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu mencatat masa terbaik 2’15.030s mengatasi catatan seorang lagi pelumba Jepun Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) yang mencatat masa terbaik 2’15.466s.

Pelumba muda Malaysia Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 2’15.535s.

“Catatan ini sebenarnya masih jauh daripada catatan terbaik saya sekitar 2:12s di litar ini sewaktu beraksi di dalam saingan MFJ All Japan. Namun begitu, saya yakin dapat mencatat masa lebih baik pada sesi kelayakan esok kerana hari ini kami masih belum beraksi pada tahap 100 peratus,” jelas Ito.

Tambahnya, “Sama seperti pelumba-pelumba lain, faktor cuaca juga menghalang untuk kami melakukan catatan yang lebih baik. Permukaan litar juga tidak begitu baik kerana baru digunakan untuk perlumbaan kereta pada minggu lepas. Dari segi pelarasan jentera, masih beberapa perkara perlu dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca hari esok. Saya harap cuaca esok baik dan tidak hujan, dan kalau boleh mahu merebut petak pertama untuk perlumbaan akhir.”

Dalam saingan Underbone 130cc, pendahulu keseluruhan dari pasukan Kawasaki KYT Rextor Manual Tech, Gupita Kresna Wardhana dari pasukan Kawasaki muncul pelumba terpantas dengan masa terbaik 2’46.190s yang dicatatkan pada sesi latihan bebas kedua.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Ahmad Fazrul Sham mencatat masa kedua terbaik dengan masa 2’47.977s diikuti pelumba Outdo Koyoko Motul Yamaha YY Pang, Hokky Krisdianto dengan masa 2’48.090ss.

“Semuanya dalam keadaan baik di sini. Gabungan enjin dan pelarasan lain berada pada tahap terbaik dan saya jangka akan lebih baik pada hari esok,” jelas Gupita.

Tambahnya, “Selain itu berlumba menggunakan keseluruhan litar juga memberi banyak kelebihan kepada jentera Kawasaki. Laluan yang panjang dan selekoh yang banyak sangat sesuai untuk saya dan jentera, dan saya harap dapat mencatat masa terbaik pada sesi kelayakan juga.”

Saingan Asia Dream Cup (ADC) menyaksikan pelumba Jepun, Reitoku Kurogi mencatat masa terpantas 2’46.457s diikuti Khairul Idham Pawi, 2’47.294s dan Chuang An-Yu, 2’47.477s.

Keputusan
SuperSports 600cc
1. Yuki Ito – PETRONAS Hong Leong Yamaha (JPN) 2’15.030s
2. Katsuaki Fujiwara – BEET Kawasaki Racing (JPN) 2’15.466s
3. Mohd Zaqhwan Zaidi – Musashi Boon Siew Honda Racing (MAS) 2’15.535s

Underbone 130cc
1. Gupita Kresna Wardhana – Kawasaki KYT Rextor Manual Tech (INA) 2’46.190s
2. Ahmad Fazrul Sham – Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing (MAS) 2’47.978s
3. Hokky Krisdianto – Outdo Koyoko Motul Yamaha YY Pang (INA) 2’48.090s

Asia Dream Cup
1. Reitoku Kurogi (JPN) 2’46.457s
2. Khairul Idham Pawi (MAS) 2’47.294s
3. Chuang An-Yu (TPE) 2’47.477

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Teoh Beng Hock

Next Post

Puisi Kemerdekaan Medan Kebangkitan Semangat Patriotik

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

Next Post

Puisi Kemerdekaan Medan Kebangkitan Semangat Patriotik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd