• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disiasat Mengikut Akta Hasutan, Aziz Bari Tidak Gentar

oleh AK-47
30/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak hampir 100 laporan polis telah dibuat ke atas Profesor Undang-Undang dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mengikut Akta Hasutan 1948 tetapi bagi tuan empunya diri, beliau tidak gentar dengan siasatan polis.

Dalam laporan The Malaysian Insider (TMI) hari ini, beliau mengakui tidak berasa terganggu oleh siasatan polis dan menegaskan beliau hanya menjawab soalan oleh penonton dalam satu forum mengenai kes Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada polis pada hari ini memintanya hadir ke Balai Polis Sabak Bernam pada pukul 11 pagi esok untuk diambil kenyataan.

Dalam laporan TMI, kenyataan Abdul Aziz turut disiarkan di dalam dua artikel mereka bertajuk “Sultan Selangor Terikat Deklarasi 1992, Perlu Lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari“.

Pada forum itu, beliau berkata Almarhum ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah, iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menandatangani satu Deklarasi Prinsip Perlembagaan pada tahun 1992.

Menurut deklarasi itu, Sultan Sharafuddin perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik Menteri Besar.

“Kandungan tersebut mengikat banginda hingga hari ini, tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

“Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi membelakangi perlembagaan itu sendiri,” kata Abdul Aziz seperti dipeti TMI.

Deklarasi tersebut, ditandatangani bersama enam Sultan lain.

Berkenaan siasatan polis terhadapnya, Abdul Aziz berkata beliau pernah melalui situasi sama pada tahun 2011 kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu serbuan kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata tindakan itu adalah ‘luar biasa dan tidak konsisten’. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Aziz Bari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Kata Itu Suara Saya” – Aziz Bari

19/04/2019
0

IPOH - Exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak tahu mengenai satu rakaman audio yang didakwa suara...

“Kita Perlu Bela Aziz Bari” – Rafizi Ramli

01/10/2014
0

KUALA LUMPUR - “Kita perlu bela cendekiawan berani seperti Dr Abdul Aziz Bari,” dakwa Ketua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd