• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dema Minta Naib Canselor UM Pertahan Pensyarah

oleh AK-47
04/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema) menyelar Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Prof. Dr. Mohd. Amin Jalaludin kerana tidak mempertahankan pensyarah universiti itu, Prof Madya Dr. Azmi Sharom yang didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan Kebangsaannya, Lau Yi Leong mendakwa, Mohd. Amin juga tidak bersuara untuk mempertahankan kebebasan akademik di universiti daripada campur tangan pihak luar berikutan kes tersebut.

“Sudah tiga hari Azmi didakwa di bawah Akta Hasutan. Pada waktu para pelajar UM menjalankan kempen untuk kebebasan akademik, pejabat Naib Canselor UM masih terus berdiam hingga sekarang.

“Perlu diingatkan, Seksyen 9 Perlembagaan UM menyebut Naib Canselor adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab terhadap fungsi akademi universiti berkenaan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Yi Leong berkata, Mohd. Amin juga mempunyai tanggungjawwab untuk melindungi kebebasan akademik di universiti seperti yang termaktub pada Seksyen 17 (2A) (h) perlembagaan itu.

Dakwanya, sikap Naib Canselor UM dalam kes itu menimbulkan keraguan tentang keupayaan beliau mempertahankan prinsip kebebasan akademik sebagai ‘ jiwa’ UM dan memastikan hak pelajar untuk mendapat pendidikan tidak berat sebelah .

“Oleh itu kami menggesa Naib Canselor UM menyatakan pendirian beliau dalam kes Azmi dan mendesak pejabat peguam negara menarik balik semua dakwaan ke atas pensyarah tersebut,” tegasnya.

Azmi menghadapi tuduhan menghasut di mahkamah berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak semasa mengulas tentang isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd