• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Beri Diskaun Khas Bayar Saman Trafik

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai yang memiliki notis kompaun trafik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini berpeluang menyelesaikan kompaun mereka apabila DBKL memberikan diskaun khas sehingga akhir tahun ini.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL Dr Ismail Stapa dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna boleh membayar dengan diskaun khas itu di semua kaunter Pos Malaysia di seluruh negara atau pun secara atas talian dengan MyEG.

“Sejak Oktober 2013, DBKL telah menyenaraihitam (sekatan urusniaga) sejumlah 2,800 pesalah trafik yang dikenakan kompaun trafik DBKL daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu atau apa-apa urusniaga berhubung pertukaran hakmilik kenderaan sehingga mereka menyelesaikan bayaran kompaun trafik DBKL terlebih dahulu.

“DBKL telah memberi peluang kepada orangramai yang belum menjelaskan notis kompaun trafik serta mengelak daripada disenaraihitam dengan memberi diskaun khas bermula 18 Ogos 2014 hingga 31 Disember 2014 melalui Kaunter POS Malaysia (seluruh Malaysia) dan secara online MyEG,” menurut kenyataan itu.

Ismail berkata, kompaun bagi kesalahan meter dan motosikal pada asalnya maksium RM100 dan RM300 diberi diskaun dengan harga RM30 sahaja.

“Sementara bagi kereta dan kenderaan berat seperti lori, bas, jentera berat dan lain-lain turut dikurangkan kepada RM50 dan RM100 daripada maksimum RM300 sebelum ini,” katanya.

Sehingga 31 Ogos lepas, sejumlah 1,018 notis berjumlah RM41,910 telah diselesaikan di kaunter Pos Malaysia dan 2,185 notis bernilai RM87,660 dilaksanakan melalui MyEG. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd