Sample Page Title

TUMPAT (Kelantan) – Satu demi satu penipuan dan fitnah oleh PAS didedahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam satu program ceramah perdana di Pusat Operasi BN di Pengkalan Kubor malam tadi.

Lebih hebat, penipuan yang dibuat oleh PAS dipertontonkan satu persatu dengan bukti video hasil kenyataan dari pemimpin PAS sendiri antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dua pemimpin BN hadir pada ceramah perdana malam tadi iaitu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin merupakan juga Timbalan Pengerusi BN dan Mustapa merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Ceramah perdana itu dihadiri kira-kira 300 orang tekun mendengar ceramah daripada Mustapa dan Muhyiddin.

Dalam ceramahnya, Muhyiddin terus memperjelaskan lagi fitnah yang dibuat oleh parti PAS berhubung soal royalti minyak yang dijadikan bahan kesempatan oleh PAS dalam merayu sokongan pengundi di Pengkalan Kubor.

Pada awalnya, PAS sendiri memberitahu media bahawa isu royalti itu sedang berada dalam kes mahkamah dan tidak boleh digunakan dalam kempen pilihan raya tetapi sepanjang kempen di Pengkalan Kubor, parti PAS bertubi-tubi menggunakan isu itu untuk menghentam BN.

Beliau berkata tindakan memfitnah BN dalam isu itu adalah berniat jahat dan memalukan. Ia bukan memalukan BN tetapi memalukan kerana ia datang dari sebuah parti yang mendakwa mereka mendokong Islam.

Muhyiddin kemudiannya meninggalkan majlis kerana terpaksa berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.


Dalam ceramah itu juga, BN mendedahkan penipuan-penipuan PAS antaranya beberapa janji yang pernah disuarakan dulu tetapi tiada penyelesaian dan tidak ditunaikan hingga kini.

Antara janjinya ialah pembinaan stadium dan paling teruk, janji membina sebuah lebuhraya rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Video yang ditayangkan memberi bukti yang jelas kepada rakyat negeri Kelantan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tentang betapa rakusnya PAS menipu demi mendapatkan sokongan rakyat.

DUN Pengkalan Kubor sedang di ambang Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk mencari pengganti penyandang Ahli DUN kawasan itu sebelum ini Datuk Noor Zahidi Omar.

http://youtu.be/ySSxJjAz9nA

Beliau meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto : RIZA RAZAK

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...