• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celik Internet Boleh Menyatukan Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Celik Internet mampu memainkan peranan berkesan dalam usaha mewujudkan sebuah negara Malaysia yang makmur dan bersatu seperti yang digariskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

Philip Victor, seorang pegawai tinggi Pusat Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (IMPACT) berkata mereka yang celik Internet mempunyai lebih peluang untuk menjadi ejen perubahan dalam menyatukan negara.

“Generasi muda membesar dalam era siber dan hidup dalam dunia tanpa sempadan. Proses asimilasi mendedahkan mereka kepada pelbagai budaya, bangsa dan agama di dunia.

“Mereka turut terdedah kepada kesan negatif akibat berlaku perpecahan dalam negara yang dicetus oleh kumpulan yang sengaja mahu membuat kacau,” kata Victor, yang juga Pengarah Pusat Dasar dan Kerjasama Antarabangsa di IMPACT kepada Bernama baru-baru ini.

Bagi Victor, adalah lebih bermanfaat mewujudkan pangkalan di alam siber untuk setiap individu berinteraksi daripada mengenakan tekanan supaya bertoleransi.

Pangkalan sedemikian mempunyai potensi pengaruh yang kuat untuk mengumpulkan orang dalam memperjuangkan satu-satu isu yang mereka minat tanpa mengira siapa mereka.

“Isu-isu seperti kesihatan, alam sekitar, muzik, sukan, komuniti, pelajaran serta kebajikan mampu menyatukan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan taraf,” katanya.

JANGAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MASALAH    

Menurut Victor, perlu ada kebebasan untuk melahirkan pendapat berhubung perkara-perkara tertentu tetapi pada masa sama seseorang perlu turut mengambil kira kesan pandangan yang disuarakan itu.

“Sekiranya pengguna berhasrat melahirkan pandangan mereka menerusi halaman media sosial, mereka perlu pastikan ia bukan berbentuk provokatif dan sekadar pandangan umum dan positif,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya pengguna bersikap bijak dalam mengesahkan  terlebih dahulu berita yang mereka dengar atau baca untuk menjamin kesahihannya sebelum berkongsi dengan orang lain.

“Nasihat terbaik adalah baca berita daripada sumber rasmi dan yang boleh dipercayai.

“Ingat kata-kata ‘jika anda bukan sebahagian daripada penyelesaian, jangan jadi sebahagian daripada masalah’, atau ‘sama ada anda sebahagian daripada penyelesaian atau sebahagian daripada masalah’.

“Kita harus berusaha menjadi sebahagian daripada penyelesaian,” tegas Victor.

CONTOH UNTUK GENERASI MASA DEPAN

Sementara itu, Kenneth Lee Tze Wui, 29, pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta tempatan berkata dengan menjadi celik Internet, seseorang itu perlu pandai menjaga diri mereka dalam media sosial.

“Itu yang kita panggil sebagai masyarakat profesional lengkap dengan etika dan budaya timur yang mencerminkan identiti negara kita. Setakat yang saya tahu, orang asing kenal kita sebagai masyarakat yang peramah, murah dengan senyuman dan sapaan.

“Jika kita mula menyakitkan hati antara satu sama lain di media sosial dan berjuta orang di seluruh dunia membacanya, bukankah ini mencemarkan maruah kita sebagai rakyat Malaysia?” tanya beliau.

Lee berkata budaya tidak sihat itu boleh menjadi contoh buruk untuk generasi masa depan dan boleh mencetuskan pergolakan sosial jika berterusan.

“Walau apa pun cabaran atau ujian, kita akan terus mara membina negara Malaysia yang aman damai untuk masa depan anak-anak kita,” katanya.

Lee turut menyeru semua pengguna Internet agar berganding bahu dalam usaha mewujudkan perpaduan menerusi alam siber, wahana paling berpengaruh dalam kehidupan hari ini. – BERNAMA

Tags: internet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Norizman Sedia Rampas Kedudukan Zaqhwan

Next Post

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM Diyakini

Related Posts

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Sekolah Mulai 1 Julai

18/05/2024
1

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan...

Next Post

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM Diyakini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd