• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara-Cara Yang Mungkin Digunakan Untuk Hack Mesin ATM

oleh AK-47
02/10/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa memerlukan sebarang senjata untuk merompak, gejala godam ini sememangnya sangat licik kerana tanpa kita sedari segala maklumat dan info yang kita sangka selamat disimpan tiba-tiba boleh lenyap dengan sekelip mata.

Lebih-lebih lagi jika penggodam merupakan seorang ‘cracker’ iaitu seorang penggodam yang sememangnya diupah untuk melakukan kegiatan ini.

Terdapat pelbagai jenis godam yang digunakan oleh penggodam radikal seperti Phishing, Brute Forcing, Keylogging atau Trojans Horse.

Namun dalam kes godam yang berlaku baru-baru ini, mereka mungkin menggunakan virus yang dikenali Backdoor.Padpin, sejenis virus Trojan Horse yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.

Melalui video yang kami kongsikan ini, penggodam tersebut  menggunakan kad ATM yang telah diprogramkan dahulu dengan virus Backdoor.Padpin (Trojan Horse) dan seterusnya menggunakan perkhidmatan mesin ATM seperti biasa.

Penggodam terbabit mengeluarkan wang terlebih dahulu dan ia hanyalah helah bagi mendapatkan ‘akses’ untuk langkah yang seterusnya.

Semestinya kelemahan utama yang terdapat pada mesin ATM ialah sistem operasinya yang menggunakan Windows XP.

ATM2
sistem operasi mesin ATM, windows xp

Umum mengentahui, kebanyakkan komputer pada masa kini tidak lagi menggunakan lagi sistem operasi ini kerana terdapat pelbagai kelemahan dengan sistem keselamatanya sehinggakan syarikat Microsoft sendiri mengumumkan tiada lagi proses pembaharuan kepada sistem operasi XP ini.

Berbalik kepada video,  selepas penggodam selesai sesi mengeluarkan wang, selang beberapa saat muncul di skrin ATM tersebut seakan pilihan yang tidak terdapat pada pengguna biasa.

Backdoor.Padpin adalah sejenis virus Trojan yang membolehkan pengimbasan keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data di dalamnya.

Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan fungsi pad kekunci dan skrin sesentuh ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM.

Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula

Penggodam kemudian memberi arahan menerusi skrin yang terdapat pada mesin ATM tersebut untuk mengubah segala data atau menetapkan pengeluaran wang dan secara tidak langsung dapat menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan.

Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : HZQAHMD

Tags: mesin ATMpenggodam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Polis Berkas 11 Lelaki Disyaki Godam Sistem Komputer Kerajaan

18/02/2021
0

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd