Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

‘Tamat Riwayat’ NUFAM, MASEU...

KADANG kala timbul juga rasa bosan, jelik malah meluat pun ada apabila tengok...

Lebih Banyak Syarikat Penerbangan...

JAKARTA - Dua lagi syarikat penerbangan Indonesia telah mengikuti jejak langkah Garuda Indonesia...

Gambar Ini Buat Ramai...

SEKEPING gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terbaring dipercayai untuk menjalani prosedur berkhatan kini...

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan...

KUALA LUMPUR : Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk...

Calon BN Luangkan Masa Lawat Pengundi, Ziarah Orang Sakit

TUMPAT (Kelantan) – Hati sayu apabila melihat kelibat seorang anak muda berusia 19 tahun namun sudah tidak dapat berbuat apa-apa dek kerana kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Bunohan, tujuh tahun lalu.

Itulah yang kini dihadapi oleh Muhd Amirulnizam Azmi, 19, yang kini dijaga ibunya Normarida Ibrahim, 40, di rumahnya di kawasan Telaga Bata, Tumpat.

PRKPKubor_2

Rumah Muhd Amirul menjadi lokasi persinggahan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, dalam rangka melawat pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Pengkalan Kubor.

http://youtu.be/i0D5egJdZUg

Mat Razi mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN itu untuk menggantikan penyandang sebelum ini juga dari BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia.

Muhd Amirul yang cedera parah dalam kemalangan itu kini tidak boleh makan seperti biasa tetapi mesti menggunakan tiub dan juga dia tidak boleh bertutur tetapi boleh mendengar apa yang dicakapkan orang kepadanya.

Selama tujuh tahun kebelakangan ini, Muhd Amirulnizam hanya terbaring di rumahnya dan dia mandi serta makan kesemuanya di atas katil berkenaan.

Mat Razi menghabiskan masa kira-kira 15 minit di rumahnya dengan ditemani oleh Normarida yang jelas bersedih dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

Pada sesi melawat pengundi itu, beliau turut singgah di rumah warga tua bertanyakan khabar dan mengharapkan  mereka mendoakan agar BN berjaya meneruskan bakti di DUN berkenaan.


PRKPKubor_3

PRKPKubor_4

Selain rumah Muhd Amirul, Mat Razi turut singgah di rumah bekas kakitangan Jabatan Pelajaran, Mukhtar Salleh, 68, seorang pesara tentera yang mendiami sekitar kawasan berkenaan.

Menurut beliau, Mat Razi diharapkan dapat menang pada hari mengundi 25 September nanti untuk meneruskan warisan pembangunan yang telah ditinggalkan oleh Noor Zahidi selaku Ahli DUN Pengkalan Kubor.

Mynewshub.cc bertanyakan kepada Mukhtar berkenaan perjuangan Allahyarham semenjak menjadi ADUN kawasan itu selama lebih tiga penggal, beliau berkata jika ada pihak yang mengatakan arwah Datuk Di tidak membawa pembangunan, ia adalah satu pembohongan.

Dengan kejayaan beliau, kawasan Pengkalan Kubor mendapat kemudahan sekolah dan juga sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk memberi peluang kepada pelajar di kawasan itu mendapatkan pelajaran yang lebih baik.

Di rumah beliau, sebentar tadi begitu meriah kerana kaum wanita di kawasan setempat sedang membantu memasak secara beramai-ramai sesama mereka. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori