• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunohan, Tidak Berbunuh Tetapi Meriah PRK Pengkalan Kubor

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Rupa-rupanya nama filem terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25, Bunohan diambil daripada nama kawasan ini yang lokasinya nun jauh di hujung Semenanjung Malaysia berhampiran sempadan Thailand.

Bunohan terletak dalam kawasan Tumpat dan berada dalam lingkungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

DSC_7476

Serba sedikit tentang filem Bunohan, ditayangkan pada 8 Mac 2012 menampilkan pelakon utama Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Nam Ron dan Soffi Jikan.

Filem itu diarahkan oleh Dain Iskandar Said.

Bunohan ditayangkan di peringkat antarabangsa pada Festival Filem Toronto pada 2011 dan mendapat pujian ramai pihak kerana penyampaian jalan ceritanya yang begitu asli.

Malam tadi, Bunohan menjadi tumpuan penduduk sekitar Pengkalan Kubor untuk menyaksikan persembahan Dikir Barat dan turut menjadi lokasi kempen calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor.

Bunohan merupakan antara Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada pilihan raya itu yang akan berlangsung pada 25 September ini.

Mat Razi hadir di lokasi PDM berkenaan pada kira-kira pukul 10 malam selepas selesai beramah mesra dengan para pengunjung sebelum meninggalkan PDM kira-kira 15 minit kemudian.

Selain berdikir barat, pada majlis berkenaan sebuah tabung bantuan derma untuk Gaza turut dilancarkan dengan orang ramai menghulurkan derma bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

DSC_7404DSC_7439

Biarpun sudah hampir lewat malam, orang ramai yang berada di PDM Bunohan tetap tidak berganjak untuk menikmati persembahan dikir barat yang diselang selikan dengan persembahan komedi spontan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: BNPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd