• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Makanan Tradisional Budu Cap Ketereh Kini Dalam Tiub

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini melalui proses inovasi apabila dijual dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inisiatif itu diambil oleh pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh di sini menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pengusahanya Mat Ismail Jusoh berkata beliau mendapat ilham memodenkan pembungkusan budu keluaran syarikatnya selepas melawat China beberapa tahun lepas.

“Setelah saya memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk peket sekitar beberapa tahun lepas, saya menerima maklum balas daripada pelanggan yang turut mencadangkan budu diisi di dalam tiub yang lebih mudah diguna.

“Malah, pembungkusan di dalam tiub ini juga menyelesaikan masalah penggemar yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek di dalam botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan,” katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini.

Katanya budu itu boleh diperoleh dalam tiub 100 mililiter dan sudah berada di pasaran sejak enam bulan lalu.

“Diharapkan dengan pembungkusan dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengurangkan pembungkusan menggunakan botol secara berperingkat jika budu di dalam tiub mendapat sambutan baik.

Usahawan berusia 63 tahun itu berkata beliau mengusahakan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu selepas bekalan ikan bilisnya banyak dan tidak terjual.

“Pada peringkat awal saya hanya membuat budu secara kecil-kecilan dan dalam tempoh beberapa tahun berjaya mendirikan kilang,” katanya yang kini mempunyai 80 pekerja dengan pengeluaran 4,000 botol setiap hari serta mencatat nilai jualan RM10 juta setahun. – BERNAMA

Tags: budu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Budu Terkenal Cap Ketereh Meninggal

27/01/2019
0

PENGASAS budu Cap Ketereh yang cukup terkenal serta menjadi kegemaran orang ramai meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)...

Debudu: Budu Dalam Bentuk Serbuk

12/09/2018
0

KUALA NERUS - Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd