• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Parah Otak Tertusuk Penyepit Makanan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya.

Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

“Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya.

Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting.

Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku.

Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit.

“Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya. – mStar Online

Tags: kanak-kanakpembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.