Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

173 Kes Baharu HIV...

KUANTAN - Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun...

Pemilihan UMNO: Dua Calon...

KUALA LUMPUR : Dua calon Naib Presiden UMNO mendahului saingan merebut jawatan berkenaan...

Piala Malaysia: Kedah Berpesta...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah, melakar kemenangan besar dengan menundukkan Melaka 6-2...

Siti Bainun Diperintah Bela...

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintah oleh Mahkamah...

BN Manfaatkan Baki Masa Yang Ada Untuk Berkempen

TUMPAT – Dengan tempoh berkempen yang kini tinggal dua hari lagi, jentera petugas Barisan Nasional (BN) memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya bagi meraih sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menziarah rumah-rumah pesakit kronik, menawarkan perkhidmatan menukar minyak injin kenderaan secara percuma dan mendekati golongan pengundi tanpa mengira bangsa dan agama, semuanya bergantung kepada kreativiti untuk memancing undi yang merupakan antara pendekatan lazimnya digunakan jentera BN dalam mana-mana pilihan raya.

Malah tinjauan Bernama di kalangan pengundi di sini juga mendapati apa yang penting, sikap prihatin dan cakna pemimpin negara turun padang menziarahi rumah pengundi sepanjang kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor amat dihargai penduduk.

Kesanggupan pemimpin terlibat meluangkan masa bertanya khabar menggambarkan mereka sememangnya mengutamakan rakyat.

Seorang pesakit kronik warga emas Abdullah Said, 76, berkata kesanggupan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek umpamanya yang turun padang menziarahi beliau serta rumah para pesakit hari ini wajar dicontohi mana-mana pemimpin, tanpa mengira mana satu parti politik yang dipilih pengundi.

“Tidak kiralah mana-manapun. Kalau pemimpin itu menunjukkan diri dengan mengambil berat akan penduduk setempat walaupun berbeza pandangan politik, lambat-laun kalau dibiasakan begitu Insya-Allah lembutlah hati orang itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tujuh di sini selepas Ahmad Shabery melakukan lawatan dan menghulurkan sumbangan peribadi.

Beliau yang tidak menyangka kehadiran Ahmad Shabery di rumahnya turut melahirkan kesyukuran kerana Anggota Parlimen Kemaman itu turut memberi kata perangsang kepadanya untuk menghadapi penyakitnya.

Bagi Rahimah Mamat, anak kepada seorang pesakit kronik Mek Aisyah Awang, 65, yang menghidap Parkinson dan darah tinggi sejak sembilan tahun lalu berkata mana-mana pesakit yang menerima kedatangan pemimpin sudah pastinya akan berasa mereka dihargai.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata rumah pesakit kronik harus didekati kerana mereka juga merupakan pengundi yang tidak harus dilupakan.


Setelah mengunjungi lima pesakit kronik di kampung yang sama termasuk Mek Aishah dan Abdullah, beliau kemudiannya meluangkan masa memberi kata-kata semangat kepada petugas Umno Rumah Terengganu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tujuh di Kampung Tujuh.

Memeriahkan suasana, Ahmad Shabery turut sempat menjadi ‘mekanik’ dengan mencuba sendiri menukar minyak enjin motosikal seorang pengunjung bertuah di bawah program GiatMara, Giat Dekat Rakyat (GDR).

Perkhidmatan percuma itu dilakukan enam pelatih dari Giat Mara Kuala Krai di mana hanya 100 motosikal terawal berpeluang menukar minyak injin secara percuma di hadapan PDM Tujuh hari ini.

Pengurus GiatMara Kuala Krai, Abd Wahab Salleh, 52 berkata perkhidmatan itu diadakan bagi membantu kerajaan mendekati rakyat.

“Kita ada satu lagi program perkhidmatan itu esok di perkarangan Giat Mara Tumpat pada sebelah pagi,” katanya.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.

Pada PRK itu calon BN Mat Razi Mat Ail dicabar calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori