• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Diserang Dan Cuba Dilarikan Biawak Ke Hutan Di Pulau Tioman

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.

“Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.

“Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.

“Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.

Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman pada 4.51 petang semalam.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayihaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd