Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Air Selangor Akan Laksana...

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan melaksanakan Sistem...

Jual MyKad Boleh Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) boleh dikenakan terhadap...

Nenek Leka Berjudi Kena...

BUKIT MERTAJAM - Lapan wanita, kebanyakan mereka warga emas ditahan di Pasar Awam...

Awal Bakal Ganti Nabil...

KEHADIRAN figura tampan, Awal Ashaari menggantikan pelawak, Nabil yang sedang bercuti sebagai pengacara...

VIDEO : Bahaya!! Tahap Umur Mula Menagih Dadah Kini Tujuh Tahun

TUMPAT (Kelantan) – Kadar umur bermulanya penagihan dadah di Malaysia kini berada pada usia seawal tujuh tahun, sebelum ini ia berada pada usia sembilan tahun dan sebelum daripada itu ialah 14 tahun dan ke atas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahap umur itu di mana seseorang berkungkinan mula menagih dadah amat membimbangkan dan berbahaya.

“Ada usaha-usaha dijalankan oleh pengedar dadah untuk mencari penagih baru dengan memberikan dadah percuma kepada pelajar dan murid-murid serendah usia tujuh tahun,” katanya ketika berucap di kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat di sini hari ini

Ahmad Zahid berkata ekoran itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (Narkotik) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini sedang bekerjasama rapat untuk melakukan pembanterasan dan pencegahan.

“Kita tidak akan berkompromi kepada pengedar dan hukuman seberat-beratnya akan dikenakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Beliau berkata tiada seorang pun dalam hidup ini yang boleh berjaya apabila terperangkap dengan najis dadah.

“Jangan terjebak kembali, kerana mereka (pengedar) bukan membantu kita tetapi akan merosakkan kita.

“Dadah hendaklah dijauhi, ertinya dekat pun tak boleh umpama jangan menghampiri zina, begitu juga dengan dadah,” katanya.

Selain itu menurut beliau, AADK mempunyai program rawatan pemulihan dadah yang unik dan tiada lagi di negara-negara lain seumpama dengannya.

http://youtu.be/5xthfamLnYY

Ahmad Zahid berkata di negara lain biasanya proses pemulihan bermula apabila penagih itu ditangkap dan dipenjarakan tetapi di Malaysia AADK menganggap penagih dadah seperti seorang pesakit yang perlu menerima rawatan

“Di Malaysia kita anggap penagih dadah merupakan pesakit-pesakit dan kita berikan rawatan dengan percuma kerana kita tahu mereka tersalah langkah, dengan langkah ini ramai penagih yang datang dengan rela untuk mendapatkan rawatan.


“Tetapi, jika didapati ada di kalangan mereka yang bukan hanya penagih tetapi juga adalah pengedar maka PDRM dan AADK tidak berkompromi akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana pengedar dadah merosakkan masyarakat dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir satu program Jalinan Mesra Bersama Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

DSC_7664 DSC_7676 DSC00938 DSC00941

Program berkenaan merupakan anjuran AADK dan turut menampilkan dua lagi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Pada majlis itu juga, Ahmad Zahid merasmikan upacara penyerahan empat buah ambulans untuk JPAM yang akan diagihkan untuk digunakan oleh empat buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.

http://youtu.be/l8hIXmaQyfg

Kira-kira 50 Orang Kena Pengawasan (OKP) turut hadir pada majlis berkenaan.

DUN Pengkalan Kubor kini sedang dilanda musim pilihan raya apabila Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan akan diadakan pada 25 September ini menampilkan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu bagi mencari pengganti kepada peyandang Ahli DUN sebelum ini Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video  : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori