Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Keputusan Najib Tak Akan...

KUANTAN - Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet...

Ali Abdullah Nama ‘Hero’...

PENYAMPAI radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Yahya, menamakan cahaya mata...

KDN Tiada Kuasa Sekat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana blog...

Hanez Impikan Anak Perempuan...

SUDAH memiliki dua anak lelaki segera, pelakon Hanez Suraya berharap dapat menimang cahaya...

Isu Air Selangor: Bekas MB Arah Peguam Bertindak

KUALA LUMPUR – “Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini”.

Itu reaksi Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan kerajaan Selangor mahu mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang beliau tandatangani sebelum ini.

Beliau turut mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

“Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


PKR hari ini memaklumkan meminta Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali akan mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air di Selangor.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, perkara itu perlu dilakukan demi ketelusan kerana rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori