• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran BR1M 3.0 Tahun Depan Ditambah RM300

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik bagi semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan.

Beliau mengumumkannya di Majlis Penerangan Perdana Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Najib percaya rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan apabila menikmati pembangunan hasil pelaksanaan GST April tahun depan.

“Ia adalah demi masa depan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. GST bukan sahaja bakal mereformasikan sistem percukaian negara tetapi menjamin kepada pengukuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan sistem percukaian sedia ada, hanya 1.2 juta daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja membayar cukai dan perkembangan itu tidak sihat untuk pertumbuhan ekonomi

“Adalah tidak adil bagi 1.2 juta pembayar cukai perlu menanggung keperluan 28 juta penduduk di Malaysia,” katanya lagi.

Najib turut menegaskan sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan, kajian mendalam telah dibuat dengan mengambil kira semua aspek.

“Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat,” ujarnya.

Malah beliau menganggap ia langkah ke depan paling besar yang dilakukan kerajaan sejak merdeka.

Sebelum ini, pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada ketika BR1M 2.0 iaitu RM500 kepada RM650.

Ini bermakna tahun depan penerima BR1M akan menerima RM950.

Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. – bnbbc.my

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negara Boleh Capai Taraf Negara Maju Lebih Awal

Next Post

Kenapa Ibu Ini Tak Marah Apabila Anaknya Ditampar Guru?

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Kenapa Ibu Ini Tak Marah Apabila Anaknya Ditampar Guru?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd