Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Buat Aduan Pekerja Kontrak,...

TAWAU - Golongan pekerja berstatus kontrak atau sambilan di Sabah yang ditindas majikan...

AMK Tuduh Polis Hantar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuduh pihak polis bertindak keterlaluan kerana...

Bekas Pemimpin Ajaran Sesat...

BEKAS pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Rasul Melayu' akhirnya telah kembali ke...

Anak Tempatan Kekal Terajui...

PUTRAJAYA - Anak tempatan kekal bakal peneraju dua syarikat strategik pengangkutan negara iaitu...

Barisan Peguam Muda Lancar Kempen Bantah Akta Hasutan

Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam (NYLC) dikhabarkan akan mula melancakan kempen sepanjang tahun untuk menyuarakan keinginan mereka untuk melihat Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Ketuanya Syahredzan Johan berkata selain mahu akta itu dilupuskan, kempen berkenaan akan turut mewujudkan kesedaran mengenai akta itu dan membina sokongan orang ramai untuk pemansuhannya, katanya menurut laporan portal Malaysiakini.

Kempen itu muncul selepas berlakunya pelbagai kes pendakwaan dan siasatan di bawah Akta Hasutan sejak beberapa bulan sebelum ini yang menyaksikan empat ahli politik pembangkang dan seorang Pensyarah Undang-Undang, Azmi Sharim didakwa di mahkamah.

Laporan itu menyebut Syahredzan berkata sebuah jawatankuasa kerja dianggotai 50 orang ahli akan menghasilkan satu senarai “soalan yang kerap ditanya” berkenaan akta itu untuk didedahkan kepada umum.


Mereka juga akan berhubungan dengan orang ramai secara online, menggunakan pentas media sosial seperti Twitter dengan hashtag #mansuhaktahasutan (mansuh akta hasutan).

Jawatankuasa itu juga akan turut melibatkan orang ramai yang berada di kawasan luar bandar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti politik bagi tujuan sama. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori