Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Habiskan RM100,000 Untuk...

PELIK tapi benar. Ibu mahu kelihatan seperti anak.Dengan rambut perang yang panjang dan...

ATM Mula Tugas Bantu...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis...

Trafik Penumpang Udara Diunjur...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara meningkat 316 peratus...

Google Dedahkan Prototaip Kereta...

MUNGKIN teknologi kereta tanpa pemandu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.Google pada awal...

Badan Khas Dicadang Ditubuh Nilai Projek Mega Kerajaan

KOTA KINABALU – Kerajaan diminta menubuhkan sebuah badan khas atau jabatan di bawah Parlimen untuk mengkaji dan menilai perbelanjaan kerajaan khususnya melibatkan projek mega.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata penubuhan badan khas itu akan dapat memberi maklumat yang lebih telus khususnya mengenai pengaliran perbelanjaan projek mega kepada anggota Parlimen.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada kerajaan dan saya fikir wajar kerajaan mempertimbangkannya kerana negara lain turut melaksanakan amalan tersebut.

“Maklumat yang diberikan juga akan dapat digunakan oleh anggota Parlimen dalam sesi perbahasan di Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Perdana ‘Pengurusan Berintegriti, Asas Kecemerlangan Organisasi’ di Kampus Intan Sabah dekat sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata badan khas itu akan dianggotai pakar kewangan, teknikal dan jurutera yang berkelayakan dalam membuat penilaian khusus berkaitan perbelanjaan projek mega.

Setakat ini, katanya proses pengauditan perbelanjaan hanya dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.


Beliau juga berkata pihaknya akan memanggil beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung Laporan Ketua Audit Negara pada Jun lepas bagi sesi penjelasan pada Oktober depan.

“Kita juga akan memanggil Kementerian Pengangkutan bagi memberi penjelasan mengenai kos penyambungan projek kereta api laju, Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 serta isu mengenai pembinaan klia2,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sistem Perakaunan Akuan yang menggantikan sistem lama akan meningkatkan ketelusan dalam pengurusan dan mencegah ketirisan bermula pada 1 Januari 2015 manakala di peringkat negeri, 1 Januari 2016.

“Langkah itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui timbang tara akaun kerajaan dari segi kedudukan aset dan liabiliti kerajaan pada tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan sistem itu juga akan membantu kerajaan mendapat maklumat kewangan yang lebih tepat dan terkini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori