• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Ustaz Kazim!! 4,000 Orang Di SMK Geting, Pengkalan Kubor

oleh AK-47
22/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Aura pendakwah bebas Ustaz Mohamad Kazim Elias memang terbukti hebat apabila kehadirannya mampu menarik kira-kira 4,000 orang untuk mendengar forumnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Beliau hadir dalam satu program Forum Perdana yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) yang menampilkan ahli panel Yang diPertua YADIM Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan beliau yang senang dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Uztaz Kazim dan Dr Asyraf tampil dalam forum berkenaan yang bertajuk Malaysia Negara Islam?

Sejak pukul 8.30 malam tadi, orang ramai mula membanjiri khemah yang disediakan di perkarangan sekolah berkenaan yang dikhaskan.

Selepas itu, kehadiran orang mula bertambah sehingga menyebabkan pihak penganjur tidak cukup menyediakan kerusi untuk menampung kehadiran yang ramai.

http://youtu.be/xYEJiuVbh6U

Sebaik forum dimulakan, orang ramai masih lagi datang membanjiri kawasan itu sehingga memaksa tikar mengkuang dibentangkan sebagai alas di atas jalan raya untuk orang ramai duduk mendengar Ustaz Kazim berforum.

Forum dimulakan dengan ahli panel pertama Dr Asyraf menerangkan tentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 berkaitan agam Islam sebagai Agama Pesekutuan.

DSC_7786

Beliau berkata dengan peruntukan itu barulah Malaysia boleh melakukan apa yang diperlukan berkaitan Islam dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri di seluruh negara.

Dr Asyraf mengambil contoh negara Turki, yang biarpun majoriti penduduknya beragama Islam tetapi di dalam Perlembagaan Turki tiada diperuntukan agam Islam sebaliknya pada suatu masa dahulu Turki diisytiharkan di dalam Perlembagaannya sebagai negara sekular.

Menurut beliau, negara sekular bermaksud kerajaan dan Islam tidak diletakkan di dalam satu sistem pentadbiran tetapi diasingkan.

Di Turki katanya, para pekerja yang beragama Islam di sana tidak dibenarkan memakai tudung kerana sebab negara itu negara sekular, berbeza sama sekali dengan Malaysia yang meletakkan agam Islam sebagai keutamaan hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu khususnya Tunku Abdul Rahman.

Selepas itu barulah Ustaz Kazim pula memberikan bahagiannya dalam forum dengan menitikberatkan soal jangan berpecah belah sesama Islam.

Beliau mengambil contoh negara Thailand, yang biar apapun konflik di dalam negara itu, seorang penganut Buddha pasti menjadi Perdana Menteri.

Di Indonesia, apa sahaja konflik di dalam negara itu, orang Melayu Indonesia akan dilantik sebagai Presiden begitu juga dengan Filipina, orang Kristian akan menjadi Presiden.

Bagaimanapun di Malaysia, jika orang Melayu terus berpecah-belah tanpa memikirkan kepentingan Islam dan bangsa, kuasa yang ada sekarang mungkin akan hilang kerana orang Melayu Islam bukan majoriti.

Ada kemungkinan satu hari nanti orang bangsa Cina jadi Perdana Menteri.

Beliau turut menempelak parti PAS yang mendakwa diri mereka Islam tetapi kerap memfitnah, memburukkan orang lain dan juga suka mencari salah orang lain.

Ustaz Kazim berkata jika dalam Islam kerja sesama Islam ialah untuk mencari kebaikan dan tidak berpecah sesama sendiri.

Rata-rata kesemua penonton yang hadir setia dengan forum berkenaan sehingga ia berakhir pada kira-kira pukul 11.30 malam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: islamPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Tidak “Pelahap” Jawatan MB Selangor – Hadi Awang

Next Post

Tok Pa Hadir Tonton Ustaz Kazim, Beliau Duduk Bersila Je….

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

TERKINI: ‘Saya Baru Hantar Isteri Ke KLIA, Terkejut Bila Dapat Khabar Kematiannya’

Tak Boleh Berdoa Di Kubur Bukan Islam Kecuali…

19/05/2024
0

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Tok Pa Hadir Tonton Ustaz Kazim, Beliau Duduk Bersila Je....

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd