Sample Page Title

Selain dua model iPhone 6 yang dilancarkan, Apple turut memperkenalkan jam tangan pintar yang ditunggu-tunggu peminat, iaitu Apple Watch.

Walaupun banyak spekulasi telah dibuat mengenai rekabentuknya, akhirnya Apple memilih rekabentuk segi empat untuknya.

Ia hadir dalam dua saiz berbeza serta dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina.

Apple Watch membawakan antaramuka khusus untuknya, dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dapat disinkronasikan pada iPhone 6, termasuk integrasi sokongan HealthKit dan digunakan untuk tujuan kecergasan.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna mengakses aplikasi dan sebagainya pada jam tangan pintar ini, Apple menyertakan sebuah pemutar khas pada bahagian tepi dinamakan sebagai Digital Crown.

Apabila pengguna menekannya, ia akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara.

applewatch

Untuk tujuan pengecasan pula, ia menggunakan sokongan pengecasan berasaskan induktif.

Pada bahagian belakang jam tangan Apple Watch adalah beberapa sensor yang digunakan bersama-sama iHealth, termasuk boleh menyemak nadi pengguna seperti yang terdapat pada Gear S.


Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri, membolehkan pengguna berinteraksi dengannya, disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain.

apple-iwatch_10

Apple Watch yang hadir dalam dua saiz ini akan ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition (Edisi Emas 18 karat).

Seperti yang dijangkakan, ia akan hanya boleh digunakan bersama-sama iPhone sahaja, jadi untuk kegunaan GPS anda perlu membawa sekali peranti iPhone.

Mungkin agak sedikit menyukarkan kepada aktiviti yang lasak seperti mendaki atau berjoging.

Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula tahun hadapan.

Oleh: hzqahmd

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...