Bagi mereka yang mempunyai sifat sayangkan binatang terutama kucing kejadian di Apartmen Damai, Subang Bistari ini tentu mengganggu perasaan.
Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah sedih melihat tiga ekor anak kucing menggeletik mati depan matanya selepas sangkar memuatkan anak-anak kucing tersebut jatuh dari tingkat sembilan.
Difahamkan pemilik kucing ketika dihubungi menyatakan dia berada di luar jadi tak dapat dipastikan sama ada ini perbuatan khianat atau kejadian tak disengajakan.
Satu yang pasti, jika ini perbuatan orang maka dia layak digelar seekor manusia.
Kepada mereka yang menyayangi kucing dan menjadikannya haiwan peliharaan anda, jagalah ia baik-baik agar kejadian menyayat hati seperti ini tidak berulang lagi.
 (BACA -Kejam! Mulut Kucing Hancur Dipukul Hanya Kerana Curi Ikan)
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC