Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Insiden Kebakaran Di Bangladesh...

DHAKA - Sekurang-kurangnya 40 orang maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran...

Perghh….Agaknya Ini Restoran Paling...

TERBELIAK biji mata melihat harga yang ditawarkan di sebuah restoran berdekatan jalan Tanjung...

Kadar Jenayah Di Labuan...

LABUAN - Kadar jenayah di pulau bebas cukai ini menurun hampir 5.56 peratus...

Beli Mercedes: Mahkamah Cadang...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mencadangkan supaya kes saman...

Anggota ‘Sharia4Belgium’ Dibicarakan

ANTWERP, Belgium – Kira-kira 46 orang, sebahagian besarnya masih bebas, dibicarakan di Belgium hari ini kerana disyaki menganggotai kumpulan yang dipercayai menghantar anggota jihad ke Syria.

Polis bersenjata mengawal mahkamah di bandaraya pelabuhan Antwerp di mana 16 orang didakwa menjadi anggota ‘Sharia4Belgium’, termasuk ketuanya Fouad Belkacem, dibicarakan atas tuduhan mengetuai pertubuhan pengganas.

Sekiranya didapati bersalah, mereka menghadapi penjara selama 20 tahun. Baki 30 orang lagi dibicarakan atas tuduhan menganggotai ‘Sharia4Belgium’.

Belkacem dan tujuh lain hadir di mahkamah untuk perbicaraan hari ini. Belkacem, dikenali kerana ceramahnya di jalan raya dan di internet.

Menurut Pejabat Kehakiman Persekutuan, defendan yang masih bebas dipercayai berada di Syria dan ada dalam kalangan mereka sudah terbunuh. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • jihad

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori