Nampaknya kes Ah Beng meraung lepas dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menghina Nabi Muhammad di laman sosial baru-baru ini tak cukup untuk menyedarkan sesetengah puak supaya menghormati agama rasmi Malaysia.
Terbaru seorang pengguna Facebook menggunakan nama Willie Chow terang-terangan menghina Islam apabila menyatakan agama ini mengamalkan double standard kerana penganutnya tidak boleh makan babi tetapi boleh pula sembelih orang kafir dan rogol budak perempuan.
Apabila ditegur pengguna FB lain dengan angkuh Willie Chow tidak meminta maaf namun menyifatkan pula penganut Islam yang menegurnya sebagai muslim hipokrasi.
Dia kemudiannya memadam status kontroversi yang dibuat dan berdiam diri seolah-olah tidak ada apa berlaku.
Bagaimana pun seorang pengguna FB sempat menyalin status dibuat ole Willie Chow ini dan berkongsi di laman sosial.

Sama seperti Azmi kami berpendapat status biadap Willie Chow patut ditunjukkan kepada rakyat Malaysia supaya ramai tahu terdapat manusia jahat seperti ini yang menjadi barah dalam negara berbilang kaum dan agama.
Mungkin dengan hukuman penjara atau menyertai kelas muhibah bagi menerangkan tentang cara hidup bermasyarakat yang betul barulah manusia macam ini berakal sedikit untuk mengkaji dan berfikir sebelum berkongsi fikiran buruknya dengan orang lain.
PDRM @ SKMM, tolonglah jalankan tanggung jawab anda yang telah dipermudahkan ini ya.. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC



