KUALA LUMPUR – Bekas Exco Selangor, Dr A.Xavier Jeyakumar menafikan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau dalam satu kenyataan mendakwa satu Akuan Bersumpah yang kononnya dikeluarkan beliau berhubung perkara itu adalah palsu.
“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas telah keluar PKR.
“Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah sepenuhnya palsu,†katanya.
Xavier mendakwa Akuan Bersumpah itu dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baiknya.
Dakwa beliau, ia juga bertujuan mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang sedang cuba diselesaikan oleh PKR.
“Saya telah membuat laporan polis dan mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang,†katanya.