• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inilah Kanak-Kanak Dari M’sia Yang Maut Terpelanting Di Australia

oleh AK-47
19/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IDENTITI kanak-kanak Malaysia yang maut selepas terpelanting daripada permainan berputar di Royal Adelaide Show, Australia, Jumaat lalu telah dikenalpasti sebagai Adelene Leong.

Polis Australia Selatan menyiarkan gambar Adelene yang berusia 8 tahun yang dipilih oleh ibunya di laman Facebook dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan permainan itu tampil untuk membantu siasatan.

airmaxx3

“Kami juga berharap untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang berada di kawasan kejadian ketika berlaku insiden tragis ini atau sesiapa yang mengalami apa-apa perkara luar biasa sewaktu menaiki permainan itu,” katanya.

Polis juga mendapati permainan itu mempunyai syarat had minimum yang diperlukan iaitu 120cm di mana Adelene melepasi had ketinggian itu.

airmaxx2

“Permainan itu telah disita oleh Agensi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA) dan ia kekal dalam keadaan sedia ada buat ketika ini.

“Polis juga masih meneruskan penyiasatan dengan kerjasama SafeWork SA untuk menyiasat penuh punca kejadian tragis itu dan sedang menyediakan laporan untuk pihak koroner”.

Adelene, dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya, tercampak dari permainan AirMaxx 360 yang mempunyai ukuran 15 meter panjang dan 18 meter lebar dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.

Polis memberitahu mangsa kemudian dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Airmaxx die4

Royal Adelaide Show menarik kira-kira setengah juta pengunjung setiap tahun dan ia merupakan acara tahunan terbesar di Australia Selatan. Ia menyediakan pelbagai permainan hiburan dan juga pertunjukan haiwan.

Sehingga kini, pihak polis telah menemubual kira-kira 30 hingga 40 orang saksi ekoran kejadian itu.

airmaxx

Seorang saksi melaporkan melihat gadis itu terpelanting dari tempat duduk dan ‘mendarat sangat jauh’. Malinda Dunwoodie, 17, memberitahu The Advertiser abah-abah keselamatan gadis itu telah dipasangkn  tetapi mangsa kelihatan seolah-olah tergelincir dari tempat duduknya.

“Dia tergantung dengan kaki di luar tempat duduk dan cuba untuk menahan dirinya. Kemudian dia melayang kira-kira 10-15 meter di udara.

“Saya menggeletar sangat teruk ketika itu. Dia kelihatan seperti anak patung terbang melalui udara. Sungguh mengejutkan! Seperti sebuah filem seram,” katanya.

Klik jika anda ingin lihat bagaimanakah permaianan Airmaxx 360. (Ini bukan rakaman pada hari kejadian)

:-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTER

 

Tags: Australiakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengguna Facebook Anggap Khairy Jamaluddin Kemaruk Perhatian…

Next Post

Pemimpin Komponen Pakatan Tak Hadir Perasmian Muktamar Pas

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Pemimpin Komponen Pakatan Tak Hadir Perasmian Muktamar Pas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd