Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Online Jual Zakar...

NEW DELHI - Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana menjual zakar biawak menerusi...

Najib Rai PM Bangladesh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan majlis jamuan rasmi...

Palapes Antara Kumpulan Satria...

GEORGE TOWN - Pelajar universiti yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) adalah...

SEBARKAN: Hati-Hati Jika Terima...

Walau pun kes tipu menggunakan panggilan telefon sudah terlalu sering berlaku namun ada...

5 Tips Kecantikan Di Rumah Hanya Guna Kentang

Kebanyakkan orang di dunia gemar memakan ketang dan merupakan di antara bahan yang paling biasa digunakan di dalam masakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang mementingkan kesihatan mengelak untuk memakan kentang kerana kandungan yang tinggi karbohidrat.

Sebenarnya banyak kegunaan kentang selain daripada digunakan sebagai bahan memasak iaitu ia boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk tampil cantik. Disenaraikan di sini adalah beberapa manfaat kecantikan menarik yang anda boleh dapatkan daripada kentang.

1. Ia mengurangkan lingkaran hitam

Jus kentang segar boleh digunakan di bawah mata dengan bantuan kapas. Biarkan ia di kawasan bawah mata selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara. Kentang mempunyai ciri pencerahan semula jadi, dan oleh itu, sangat berguna untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

2. Ia mengurangkan noda

Oleh kerana ia bahan semulajadi pemutihan dan mencerahkan kulit,, ia adalah bahan ‘favourite’ bagi kebanyakkan topeng muka buatan sendiri. Letakkan kentang parut atau jus kentang pada muka anda untuk mengurangkan bintik hitam, Ia mampu mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang sihat.

3. Mencerahkan ketiak gelap


Kentang membantu untuk menyembuhkan masalah ketiak gelap. Untuk kesan maksimum, anda boleh mencampurkan jus kentang dengan jus lemon dan madu dan letakkan di bahagian ketiak anda yang gelap. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam.

4. Ia mengurangkan uban

Rebus kulit kentang di dalam air, dan kemudian toskan. Gunakan air ini untuk bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Lakukan secara berterusan, dan anda akan melihat uban menjadi kurang dan rambut anda akan menjadi lebih sihat dan berkilat.

5. Ia menyuburkan rambut kering

Jus kentang boleh dicampur dengan aloe vera untuk digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk rambut kering. Jus kentang mentah kaya dengan protein, fosforus, vitamin A, B dan C, dan banyak mineral penting yang lain, yang semuanya membuatkan rambut anda lebih sihat dan bermaya. – Wanista

beauty1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori