• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

265 Hadis Palsu Dikesan Dalam Kitab Popular Ihya ‘Ulumuddin

oleh AK-47
28/09/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi masyarakat Islam di negara ini yang ingin mendalami ilmu agama terutama dalam kalangan bangsa Melayu, kitab Ihya ‘Ulumuddin karangan Sheikh Al Ghazali (Imam al-Ghazali) antara yang amat popular.

Bagaimana pun pakar hadis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir mendedahkan, kajiannya menemui terdapat hingga 265 hadis palsu atau mawdu ditemui dalam kitab tersebut.

hadis palsu

Dr Jawiah mendedahkan, kajiannya turut mendapati 285 daripada 825 hadis yang sering dipetik oleh masyarakat Melayu adalah mawdu.

Selain Ihya ‘Ulumuddin, kitab lain yang dikesan mengandungi hadis palsu adalah Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad (Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari), Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby (Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani).

Antara punca hadis palsu menyelinap masuk ke dalam kitab karangan ulama terkenal menurut Dr Jawiah adalah kepentingan politik apabila tercetus konflik antara Sunni dan Syiah bagi mencapai maksud tertentu, kepentingan peribadi penglipur lara untuk mendapatkan imbuhan apabila memperdengarkan sesuatu yang disukai pendengar dan boleh jadi juga berlaku ketika proses terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

Apa yang meresahkan, hadis palsu ini telah sebati dalam masyarakat kita dan sering diungkap dengan yakin baik oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama di kedai kopi mahu pun pendakwah terkenal di kaca TV sebagai mana diajarkan guru mereka.

Walau pun kedengaran agak kontroversi, sebenarnya ini bukan kali pertama kitab Ihya ‘Ulumuddin ditegur oleh ulama seluruh dunia mempunyai hadis meragukan.

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga pernah menyentuh hal ini pada 2006 dengan menyertakan pandangan serupa oleh tokoh hadis lain antaranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Jauzi, Imam al-Zahabi dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

Antara hadis palsu yang ditemui dalam kitab ini berkaitan solat Raghaib pada malam Jumaat pertama bulan Rejab diikuti puasa keesokan harinya.

Begitu pun teguran tentang hadis palsu dan daif dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin bukanlah bermakna mempertikaikan ilmu dan jasa Sheikh Al-Ghazali yang banyak selama ini.

Beliau tetap dikenang sebagai tokoh pemikir Islam terkemuka cuma hadis bukanlah pengkhususan Sheikh Al-Ghazali sebagai mana diakui oleh para alim dalam bidang ini.

Maka selaku manusia biasa, beliau mungkin tidak terlepas daripada melakukan khilaf ketika mengarang Ihya ‘Ulumuddin.

Wallahua’lam. – MYNEWSHUB

Oleh: REM RAMZI
Sumber: sebastianphiu.com / Dr MAZA

Tags: Hadis palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perluas Segera Tangani Penularan Hadis Palsu

15/02/2018
0

PUTRAJAYA - Usaha menangani penularan hadis palsu perlu melangkaui pemantauan terhadap bahan bercetak sahaja dengan tumpuan harus turut diberikan terhadap...

TPM: Penubuhan Lajnah Tahqiq Hadith Bendung Hadis Palsu

31/10/2016
0

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd