• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Cedera, 2 Bas Kilang Berlanggar Di George Town

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lapan belas cedera dengan seorang daripada mangsa patah kaki kanan dalam kemalangan membabitkan dua buah bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata kemalangan pada 7.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas pertama yang membawa enam pekerja kilang itu berhenti di tepi jalan selepas mengesan bunyi kurang menyenangkan daripada tayar belakang kenderaannya.

“Sejurus pemandu itu memberhentikan kenderaannya, sebuah lagi bas yang membawa 30 penumpang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bucu kanan belakang bas di hadapannya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di selekoh dan pemandu bas kedua itu tidak sempat mengelak ketika melalui selekoh berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan membawa pulang pekerja kilang syif malam dari Bayan Lepas, dekat sini.

Pemandu bas pertama Ramli Md Ismail, 61, cedera parah di tangan kanan manakala enam penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ibrahim berkata 17 daripada 30 penumpang bas kedua cedera ringan termasuk seorang daripada mereka patah kaki kanan dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu bas kedua Ooi Boon Sing, 58, tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di HPP.

Beliau berkata majikan pekerja kilang terlibat telah dimaklumkan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd