Sample Page Title

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah
Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

ejen insuran

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang oil and gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector

6. Welding QC Co-ordinator

7. Plant Inspector


8. Offshore Inspection

9. Non-destructive Testing

10. Plastics Welders

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard  DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

17. Peniaga Online (Dropship)

Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda? Jika perlukan bantuan, nasihat serta tips tentang kerjaya sila baca di sini

Kategori

Artikel Berkaitan

39 KOMEN

  1. Ya betul tu.. Tapi mana gaji doktor pakar ? Bg aku doktor pakar juga mempunyai gaji yg lumayan, sebagai contoh, aku ada kenal dgn sorang doktor pakar, gaji dia 2jam RM700.

    Lagi 1, gaji pemain bola sepak jdt pon lumayan jgk,

    Pastu paling mahal sekali bagi aku ialah, town engineer

  2. fei. mintak ajar jadi SO boleh. maksud. kat mane nak ambik cert SO. sebab aku dengar SO ni bnyk jenis. buku hijau laa. ws aku. 0127959542

  3. alhamdulillah..aq ade ijazah engineering.. tp keje aq pakai cert je..i2 pon uitm tanggung 4k utk kos Safety Officer 22hari..lulus paper 1234 utk SHO exam dgn 1x ambil shje..skrg aq pemegang Buku Kuning..insyaAllah bln10 nie genap 3tahun aq sbgai HSE di industri o&g, aq akn apply Buku Hijau..doa kn aq berjaya..dan semoga kalian juga berjaya dlm pkerjaan masing2..amin ~no12~

  4. Saya ada kemahiran selama 7 tahun dalam bidang eletrikal,mechanical,electronik dan hyraulic system kalau ada peluang pekerjaan boleh la email saya atau kol 01133433930….saya tidak ada sijil

  5. ada lg satu pekerjaan yg x memerlukan kelulusan ijazah iaitu usahawan tone excel. ada yg dapat gaji ratusan ribu ringgit sebulan. ada pencen dan boleh diwariskn. pm saya 0126696705

  6. Assalamualaikum,Saya berminat untuk bekerja nombor 1 juruterbang.saya berminat sangat 2 untuk bekerja juruterbang yang bertanggung jawab.saya nak pekerjaan ini dengan cepat.waalaikumussalam

  7. Salam.sy berminat sangat untuk bekerja dgn O&G.tpi tiada pengalaman dan pengetahuan.sy ingin sgt memgetahui bagaimana untk bekerja dtmpt trsebut dan untk mendaftar @ memohon untk masuk ke institut skillsmalaysia.saya sedang mencari kerjaya yang sesuai.harap dpt bantu sy dan tunjuk ajar ke arah bidang trsebut.terima kasih,ws:0176903925

  8. saya beminat dlm bidang oil n gas.. ..harap2 tuan2 puan2 dpat membantu saya….harap kerja sama tuan akan membantu masa depan saya

  9. Saya d kelas pekerjaan no 3…
    Berminat utk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 0176628888…
    Saya telah bantu 2 org dr website nie..
    Alhamdulillah…
    Semoga Allah beri yg terbaik utk kita semua…

  10. Saya d kelas pekerjaan no 3…
    Berminat utk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 0176628889…
    Saya telah bantu 2 org dr website nie..
    Alhamdulillah…
    Semoga Allah beri yg terbaik utk kita semua…

  11. Saya bekerja sebagai wealth advisors (penasihat kewangan) area wangsa maju. Gaji mmg lumayan bergantung pada kerajinan memasing. Kalau nk bekerja dengan saya. Boleh call/sms/whatsapp saya di 018-3216297.

  12. Salam smua. . Sya msih blajar lg n akn hbs blan 7 lpas rya nie, ksus yg sya ambil no 5-11. . Klw spe2 yg blh tlg bgtau pluag pkerjaan utk sya tlg wasup no ini 0175693896. . Xksah krja sbgai welder, utk cri pgalaman krja dhulu. . Tq.

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...