• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Orang Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

oleh AK-47
30/09/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai 14 orang pegawai Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dihadapkan ke mahkamah pada hari ini berkaitan pertuduhan menerima rasuah antara RM200 hingga RM14,000 setiap seorang.

Menurut laporan Agenda Daily, tuduhan berkenaan berkaitan dengan penyeludupan keluar barang yang tidak dibayar cukai eksais.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur dan Shah Alam membabitkan sebanyak 45 pertuduhan.

Dua pegawai yang didakwa di Kuala Lumpur juga didakwa di Shah Alam hari ini.

Pendakwaan hari ini merupakan susulan kepada pendakwaan ke atas 12 pegawai Kastam di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, Shah Alam dan Ipoh antara 19 dan 25 September lalu.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Jalan Duta, Kuala Lumpur ialah :-

1) Amran Ismail, 35, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Siasatan Khas Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Kastam, Dengkil dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana disyaki menerima suapan antara RM300 hingga RM2,300 pada 10 hingga 20 Julai 2014.

2) Kamarul Asmady Ismail, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Unit Risikan Khas, Cawangan Risikan Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan pertuduhan empat (4) di bawah Seksyen 16 (a)(A) ASPRM kerana disyaki menerima suapan antara RM1,000 hingga RM1,300 bagi memberi maklumat tentang ‘profiling’ yang dilakukan oleh Bahagian Risikan Kastam.

3) Mohd Rozlan Ibrahim, 57, Pembantu Penguasa Kastam Kuala Lumpur berhadapan dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang tunai RM500 pada bulan April dan Mei daripada sebuah syarikat.

4) Mahadir Mohamad, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Selangor dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang suapan RM1,000 dalam lima transaksi antara April hingga Ogos 2014.

5) Sahbandi Abdul Manap @Asly, 36, Pembantu Penguasa Kastam Gred dikenakan satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan manakala satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima RM200.

6) Jamaludin Zam Zam, 54, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Cawangan Risikan Zon Tengah Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan satu (1) di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan RM1,000 sebagai dorongan membekalkan maklumat berkaitan operasi perisikan Kastam.

7) Abdul Rahman Ahmad, 35, Pembantu Penguasa Kastam dikenakan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima suapan antara RM200 ke RM300 pada Ogos 2014.

BERITA LANJUT MENYUSUL. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : Ibnu K

 

Tags: Kastamrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd