• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Tuduhan Tak Betul Kemalangan Di Bentong

oleh AK-47
19/08/2014
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyampai radio Era FM iaitu Adi Fashla terkejut apabila timbul pelbagai andaian dan tuduhan tidak betul mengenai kejadian kemalangan melibatkannya di Lebuhraya Karak, Bentong pada Ahad lalu.

Adi atau nama sebenarnya Adi Fashla Jurami, 36, berkata, ada yang membuat andaian kononnya dia menunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu BMW HP4 terlalu laju sehingga melanggar kereta lain dan ada juga mengatakan kejadian itu merupakan balasan buat Adi kerana mengambil cuti sakit pada ketika itu.

“Macam-macam versi saya dengar tentang insiden kemalangan semalam (Ahad). Biarlah, yang penting saya dan rakan-rakan tahu kejadian itu.

“Sedangkan saya sebenarnya jatuh sendiri ketika melalui selekoh di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan dan terus melanggar penghadang jalan. Bukannya melanggar mana-mana kereta pun.

“Ketika itu saya mahu ke Taman Rekreasi Lentang, Pahang tetapi lain pula cerita yang didengar kononnya saya ambil cuti sakit kerana mahu menunggang motosikal bersama rakan-rakan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Adi terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Lebuhraya Karak arah Kuantan kira-kira pukul 10 pagi pada Ahad lalu selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan.

Insiden tersebut membuatkan bahu dan jari pada bahagian kirinya retak teruk. Dia kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara di sini dan dibenarkan keluar wad pada Selasa (hari ini).

Sementara itu, Adi berkata, walaupun insiden kemalangan itu amat menyakitkan, namun ia tidak pernah membuatkan dia serik untuk menunggang motosikal yang baharu dibelinya pada Mac lalu.

“Setakat ini saya belum serik atau trauma untuk menunggang. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hobi saya. Malah saya lebih risaukan motosikal itu kerana ia mungkin rosak teruk.

“Cuma apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya supaya saya lebih berhati-hati apabila menunggang. Terutamanya selepas hujan kerana waktu itu jalan raya agak licin,” ujarnya. – mStar Online

Tags: DJselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd