• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Gosip Cinta Neelofa Dengan Orang Istana

oleh AK-47
21/08/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penerbit dan pelakon Hans Isaac terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu pelakon Neelofa dikhabarkan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Hans berkata, sepanjang mereka bercinta aktres tersebut seringkali menekankan bahawa dia tidak berminat untuk berkawan dengan golongan istana.

“Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.

“Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat,” ujarnya kepada mStar Online.

Hans berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin pelakon Neelofa bakal berkahwin dengan kerabat diraja dari Pantai Timur.

Hans menambah, mengikut pengalamannya sebagai selebriti setiap khabar angin yang tersebar sedikit sebanyak mempunyai kebenarannya.

“Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?

“Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan,” ujarnya.

Dalam pada itu, diminta mengulas tentang pendedahan Neelofa tentang perpisahan mereka, Hans berkata, mereka sudah membuat persetujuan bersama untuk tidak mengumumkan apa-apa tentang hubungan tersebut.

Katanya, dia tidak mahu mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga reputasinya sebagai ahli perniagaan.

“Kami bersetuju untuk tidak umum apa-apa tentang perpisahan kerana kami tidak pernah umumkan percintaan pun. Tiba-tiba dia buat pendedahan dan umumkan tentang perpisahan itu.

“Saya seorang ahli perniagaan dan ada tiga syarikat korporat, jadi saya perlu jaga reputasi saya untuk berurusan dengan hal-hal perniagaan. Bila keluar story tentang putus cinta di surat khabar sedikit sebanyak merosakkan nama baik saya.

“Malah ada rakan perniagaan saya yang sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan tentang perkara-perkara remeh itu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Hans IsaacNeelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khalid Ibrahim Kedekut Bertempat – Dr Halimah

Next Post

Nad Tepis Tuduhan Serang Hefny Di Lokasi Drama

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Nad Tepis Tuduhan Serang Hefny Di Lokasi Drama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd