• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabas Adakan Operasi Bil Tertunggak September 2014

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan orang ramai supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera kerana syarikat itu sedang mengadakan operasi bil tertunggak bagi bulan September 2014 di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, operasi bil tertunggak itu akan diadakan dari 1 hingga 30 September ini.

“Operasi ini akan diadakan di sekitar ibu negara, Klang, Shah Alam, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang dan Gombak,

Priscilla berkata, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak.

Menurutnya, jika tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula sebanyak RM35 sebelum penyambungan semula dibuat.

Katanya, caj yang dikenakan tersebut bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air seperti diwartakan kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi talian Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas 1-800-88-5252. – mynewshub.my

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Minta ADUN PKR Umum Tidak Mahu Jadi MB

Next Post

Pengarah Urusan CCM Letak Jawatan

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Bekalan Air Di Manjung, Perak Tengah Pulih 50 Peratus Esok

03/04/2023
0

PARIT: Bekalan air bagi 79,360 akaun pengguna di daerah Perak Tengah dan Manjung bakal pulih 50 peratus menjelang esok. Ikuti...

Next Post

Pengarah Urusan CCM Letak Jawatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd