• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEGERA: Khalid Nak Letak Jawatan, Sultan Minta Tangguh

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hasrat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakan jawatan sebagai Menteri Besar telah ditangguhkan penerimaannya oleh Sultan Selangor sehingga Menteri Besar yang baru ditentukan.

Dalam kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, itulah hasrat yang dipersembahkan Abdul Khalid kepada baginda ketika menghadap baginda pada pukul 2.30 petang tadi di Istana Kayangan, Shah Alam.

“Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan Menteri Besar yang baru ditentukan.

“Ini untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjalan lancar dan teratur,” katanya.

Menurut Mohamad Munir, sebagaimana diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Sultan Sharafuddin telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi kerajaan negeri.

Selangor_1

“Sehubungan dengan itu, Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon Menteri Besar.

“Ia bagi memudahkan Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, dalam sidang media Abdul Khalid, beliau berkata calon Menteri Besar mesti hadir dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang layak ikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah calon itu merupakan ADUN yang dilahirkan di negeri Selangor, Abdul Khalid berkata ia terpulang pada budi bicara sultan.

Abdul Khalid bagaimanapun akan terus komited untuk berkhidmat sebagai ADUN bebas Pelabuhan Klang dan tidak akan menerima sebarang pencalonan sebagai Menteri Besar pada masa akan datang.

Ketika ini, PR tetap dengan cadangan mereka iaitu hanya mencalonkan satu nama untuk jawatan MB itu iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu ADUN Kajang.

PAS sebelum ini bagaimanapun, pernah mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bagaimanapun Azmin menolak dan tetap setia mematuhi kehendak partinya yang mahukan Dr Wan Azizah. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

Tags: Krisis MB Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?

01/07/2015
0

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua parti di bawahnya iaitu PAS dan DAP....

Bekas Staf Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan Pampasan RM2.6 Juta

05/01/2015
0

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar memulangkan kembali pampasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd