Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Jalani Pembedahan Kosmetik, Muka...

PEMBEDAHAN kosmetik di kalangan selebriti Hollywood memang sudah menjadi lumrah dan darah daging...

SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak...

KUALA LUMPUR - SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan...

Harith Iskander Juara Funniest...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan...

Saya Ditawar RM2 Juta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah besar wang ditawarkan untuk rasuah, demikian kata bekas Ketua...

Saya Datang Hanya Untuk Tolak Khalid Ibrahim – Saari Sungib

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib yang hadir pada sidang media oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya ingin menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tidak menyokong Dr Wan Azizah.

Beliau yang turut menandatangani Akuan Bersumpah menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu kerana surat itu telah didraf sedemikian rupa iaitu sokongan kepada Dr Wan Azizah.

Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.

“Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pada sidang media 14 Ogos lalu, Saari hadir bersama seorang lagi ADUN Pas untuk kawasan Morib Hasnul Baharuddin.


Ekoran kehadiran kedua-duanya, mereka kini disiasat PAS kerana membuat pendirian sendiri sebelum Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat.

Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.

Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Mynewshub.my

Oleh : Ibnu K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori