Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kes Peras Ugut: Sanjeevan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri...

Polis Miri Tumpas Sindiket...

MIRI - Polis menumpaskan kegiatan sindiket penipuan yang didalangi seorang lelaki 'tuai rumah'...

Selepas 2 Dekad Menunggu,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia menunggu enam bulan...

Penduduk Gempar Buaya ‘Soleh’...

SEEKOR buaya sepanjang tiga meter ditemui di pekarangan Masjid Darul Iman, Debak Laut,...

Sampel Tulang Haiwan Kolam Ikan Patin Di Perak Sah Babi

IPOH – Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu.

Ahamad Sabki berkata, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat mengesan pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu kerana dipercayai sudah melarikan diri.


Katanya, pemantauan turut mendapati ladang itu kering dan sudah ditinggalkan.

Berikutan kes itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan jabatan itu untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori