• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAM Bantah Projek Agro Di Jalan Raya Timur Barat

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah cadangan Projek Agro Farming dan Agro Pelancongan seluas 63.88 hektar di tepi Jalan Raya Timur Barat (Simpang Pulai – Kampung Raja) di Perak kerana dikhuatiri menjejaskan alam sekitar.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, cadangan projek itu bercanggah dengan pelan perancangan fizikal iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang menetapkan kawasan tersebut sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dikekal dan dipelihara.

“Tinjauan SAM mendapati ciri-ciri geofizikal kawasan cadangan projek adalah berbukit curam, terdapat banyak alor dan punca air, struktur tanah dan lantai hutan mudah terhakis dan merupakan kawasan sensitif kepada sebarang kegiatan yang melibatkan pemusnahan (pengubahan) guna-tanah hutan sedia-ada.

“Kegiatan pemusnahan akibat pengubahan guna-tanah yang ketara daripada hutan kepada lain-lain guna-tanah di kawasan cadangan projek akan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit dan kerosakan struktur fizikal sungai semasa hujan lebat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, S.M. Mohamed bimbang antara impak yang boleh berlaku akibat projek itu adalah anjir lumpur, gangguan kawasan punca bekalan air, menghadkan kawasan keliaran hidupan liar dan konflik hidupan liar dengan manusia.

Dakwanya, kelulusan cadangan projek juga dibimbangi menggalakkan pihak-pihak lain untuk mengubah guna-tanah sedia-ada di kawasan persekitaran kepada lain-lain guna-tanah terutama pertanian berskala ladang.

Beliau mendakwa, SAM turut menerima rungutan dan aduan daripada penduduk kampung Orang Asli berhampiran yang mendakwa kawasan cadangan projek adalah merupakan sebahagian ‘tanah adat’ mereka.

“Mereka menyatakan bahawa ‘tanah adat’ di kawasan cadangan projek penting kepada masyarakat Orang Asli berhampiran kerana ia adalah kawasan rayau untuk mendapatkan hasil hutan,” dakwanya. – mynewshub.my

 

Tags: Jalan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempat Letak Kereta Di Bukit Bendera Jangka Siap Oktober

Next Post

FGV Beli Asian Plant Pada STG120 Juta

Related Posts

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

21/01/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini, untuk merakam gambar pemandangan, dibimbangi...

Moped, Skuter Elektrik Dilarang Atas Jalan Raya, Kata Menteri

26/04/2022
0

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk skuter elektrik dilarang sama sekali atas jalan raya....

Next Post

FGV Beli Asian Plant Pada STG120 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd