• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM6 Bilion Memulih MAS – Bukan Bailout

oleh AK-47
30/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR– Khazanah Nasional Bhd hari ini menegaskan
yang pelaburan RM6 bilion yang diperuntukkan dana negara itu untuk memulihkan
Malaysia Airlines (MAS) bukanlah langkah menyelamat.

Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, dana negara berkenaan mampu
mendapat balik pelaburan melalui penyenaraian semula syarikat penerbangan
nasional itu menjelang akhir 2017 dan akhir 2019, di bawah pembentukan satu
syarikat baharu.

Syarikat baharu itu disasarkan kembali mencatat untung dalam tempoh tiga
tahun selepas dinyah senarai, yang disasarkan selesai akhir tahun ini.

Ia akan membabitkan kos diperbetul dan struktur operasi serta tenaga kerja,
ditanda aras dengan baik kepada amalan industri serta norma berdaya saing.

“Tumpuan utama kepada cadangan itu ialah kebolehan MAS untuk kembali
mencatat untung.

“Kami telah mendiagnosis masalah itu dan ubat yang kami percaya di sini
ialah ubat yang kami letakkan syarat ke atasnya,” katanya kepada pemberita
selepas mengumumkan pelan 12 perkara bagi memacu syarikat penerbangan nasional
itu kepada keuntungan.

Azman berkata demikian ketika menjawab soalan bagaimana Khazanah akan
mendapat balik RM6 bilion yang disuntik di bawah pelan pemulihan MAS.

“Ubat itu berkait dengan wang yang masuk. Jika anda tidak mengambil ubat,
kami tidak akan beri wang,” katanya dengan menambah MAS tidak akan dipecahkan
kepada entiti lebih kecil.

Sebelum ini, Khazanah telah menyuntik RM7 bilion ke dalam MAS untuk tujuan
korporat di bawah Program Transformasi GLC.

Dana negara itu akan menyuntik sehingga RM6 bilion secara
berperingkat-peringkat serta bersyarat dalam tempoh tiga tahun.

Daripada pelaburan RM6 bilion itu, RM1.4 bilion akan diguna untuk
penyahsenarai syarikat lama MAS dan RM1.6 bilion untuk kos penstrukturan semula
serta pemberhentian pekerja, tertakluk kepada syarat yang ketat, kata Azman.

Beliau berkata, baki RM3 bilion akan diguna sebagai suntikan modal progresif
ke dalam syarikat baru MAS, secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga
tahun mulai 2014 dan 2016.

Sementara itu, Kumpulan Wang Persaraan telah bersetuju untuk menukar
sejumlah RM750 juta sukuk kekal sedia ada kepada ekuiti biasa, tertakluk kepada
perjanjian muktamat di antara pihak berkaitan.– BERNAMA

 

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd