Seorang penulis blog kecantikan di United Kingdom, Lucy Aitken Read, 32, mengakui dia tidak menggunakan sebarang jenis syampu untuk rambutnya sejak dua tahun lalu.
Menurutnya lagi, rambutnya kelihatan lebih bersinar dan sihat selepas berhenti menggunakan syampu.
Lucy hanya menggunakan air semata-mata untuk membasuh rambutnya.
Ini kerana menurut Lucy seboleh mungkin dia mahu mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam rambut yang mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan dirinya. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: JULIANA JOHAR