• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Newcastle Beri P’hormatan Kepada Peminat, Juga Mangsa MH17

oleh AK-47
22/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan kapten pasukan, Fabricio Coloccini antara yang hadir bagi memberi penghormatan pada majlis pengebumian peminat kelab itu, Liam Sweeney, 28, yang terkorban dalam nahas tragedi penerbangan Malaysia, M17, semalam.

Sweeney dan rakannya, John Alder, 63, adalah dua peminat kelab itu yang menaiki penerbangan terbabit untuk menyaksikan perlawanan pra-musim Newcastle di New Zealand.

Sweeney adalah salah seorang daripada 10 mangsa dari England dalam tragedi MH17 dan menjadi mangsa pertama dari negara itu yang berjaya dikenal pasti.

Keluarga dan rakan Sweeney tiba di gereja St Mary’s Cathedral, Newcastle dengan suasana hiba dan sebelum majlis pengebumian, keluarganya turut menerima ucapan takziah peribadi daripada Putera Charles.

Ratusan peminat Newcastle turut hadir bagi memberi penghormatan termasuk Pengarah Urusan Newcastle, Lee Charnley dan pembantu pengurus, John Carver.

“Kamu tidak mengetahui betapa sedihnya kami rasakan untuk anda dan keluarga anda atas penderitaan berat ini dan berharap kami mempunyai kekuatan untuk bertahan,” kata bapa kepada Sweeney membaca petikan daripada surat Putera Charles.

Malaysia ketika ini sedang bersedia untuk menyambut ketibaan jenazah tragedi MH17 dijangka dilaksanakan antara jam 10.30 hingga 11.30 pagi ini.

Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur dan berdoa secara serentak sebaik saja jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah. – AGENSI

 

 

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd