• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Seru Seluruh Rakyat Malaysia Bersatu Dalam Hiba

oleh AK-47
22/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi suasana hiba serta sama-sama mendoakan dan mengenang mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi saat-saat memilukan ini dan sama-sama memanjatkan doa.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang dirasai ketika melihat jenazah dibawa pulang, doa dan harapan saya mengiringi mangsa dan keluarga #MH17,” kata Najib dalam laman Twitter beliau pada Jumaat.

Najib adalah antara mereka yang berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang untuk menghadiri istiadat memberi penghormatan kepada 20 mangsa tragedi itu, yang jenazah mereka tiba di tanah air hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah juga berkenan berangkat ke upacara itu, yang diadakan di kompleks bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.

Pesawat khas membawa jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian di timur Ukraine pada 17 Julai itu, mendarat pada 9.54 pagi dan jenazah kemudian dihantar ke tanah perkuburan yang ditetapkan keluarga masing-masing.

Empat puluh tiga rakyat Malaysia adalah antara 298 orang yang terbunuh apabila Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine. Ia dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

— BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd