Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Doa Buat Dr Fatihah...

KUALA LUMPUR - "Saya cuma minta semua rakyat Malaysia tolong doakan kesembuhan isteri...

Hampir 400 Kanak-Kanak Minta...

KUALA LUMPUR - Seramai 391 orang kanak-kanak yang didapati mengutip dana atau meminta...

1MDB: Pegawai Kanan Goldman...

WASHINGTON - Rizab Persekutuan mengharamkan bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Andrea Vella daripada...

Ambil Langkah Segera Jamin...

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah segera termasuk menjamin sumber air mentahnya supaya...

MPAJ Guna Taktik Menyamar Pelanggan Pusat Judi Haram

KUALA LUMPUR -  Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian berkomputer yang beroperasi di kawasan `food court’ di Taman Muda, Ampang, Selangor baru-baru ini menggunakan taktik penyamaran.

MPAJ dalam satu kenyataan media memberitahu, aktiviti haram yang berselindung disebalik perniagaan siber kafe itu disahkan beroperasi tanpa lesen.

“MPAJ tidak membenarkan aktivit pusat siber dijalankan di kawasan `food cout’ yang dibina bagi aktiviti penjualan makanan dan minuman sahaja.

“Tindakan sitaan telah dilaksanakan memandangkan pemilik di dapati telah melakukan suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 3 Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPAJ) 2007,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota MPAJ menyamar sebagai pelanggan premis itu selama beberapa hari sebelum operasi perjudian itu dapat ditumpaskan.

Kata kenyataan itu, penyamaran itu bagi menyakinkan penjaga premis judi itu kerana hanya pelanggan tetap dibenarkan memasuki premis berkenaan.


“Pelanggan-pelanggan perlu melalui kaunter bayaran serta kawasan foodcourt tersebut sebelum masuk ke dalam premis yang terletak di bahagian belakang.

“Terdapat beberapa orang yang duduk di hadapan premis yang mengawal pelanggan yang keluar masuk ke dalam premis,” kata kenyataan itu.

MPAJ turut menumpaskan sindiket serupa di Taman Lembah Maju, Ampang, Selangor yang menggunakan `magnetic door’ bagi menyekat serbuan oleh pihak berkuasa.

Kata kenyataan itu, pelanggan premis perjudian haram itu dibekalkan dengan noombor kod bagi membuka pintu tersebut.

“Terdapat sebuah pintu yang dibina di bahagian tangga bagi menimbulkan  kekeliruan kepada pihak berkuasa. Premis ini telah beberapa kali di serbu namun pemilik masih meneruskan aktiviti tersebut,” kata kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MPAJ

Kategori

Leave a Reply