Sample Page Title

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri secara ringkas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau serta barisan Exco kerajaan negeri dan keluarga mangsa akan menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang berkenaan sebelum dibawa ke lokasi masing-masing untuk urusan pengebumian.

“Difahamkan jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menaiki pesawat Charlie selepas istiadat penghormatan jenazah yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Persediaan telah dibuat di peringkat negeri untuk mengiringi kenderaan jenazah ke lokasi masing-masing mengikut jalan darat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumkan bahawa terdapat empat jenazah daripada Perak akan dikebumikan di daerah masing-masing iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Taiping dan Teluk Intan.

Dr Zambry berkata terdapat mayat bukan Islam di antara empat jenazah itu namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan sebanyak 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.

Kesemua jenazah dijangka tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda pada pukul 10 pagi Jumaat ini.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...