• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB S’gor Perlu Berjiwa Rakyat, Bukan Dikawal Orang Lain

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain.

Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.

“Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.

Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.

“Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya.

Ditanya sekiranya perlu seorang menteri besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut.

“Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya.

Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.

Beliau berkata, istana berkecil hati dan tersinggung dengan serangan berterusan daripada pihak tertentu.

“Istana berdiam diri tetapi segelintir pihak membuat kenyataan anti-Istana.

“Kenyataan tersebut menyinggung perasaan. Mereka ini perlu membaca Perlembagaan negeri dan memahami konvensyen Istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen berhubung situasi itu.

“Peguam tertentu dari parti-parti politik diupah untuk mentafsir perkara menurut apa yang pelanggan mahu,” katanya.

Sumber itu berkata, bagaimanapun, Sultan Selangor tidak bimbang kerana krisis tercetus oleh parti menteri besar ketika ini sebelum beliau dipecat.

Kerajaan negeri masih berfungsi sepenuhnya.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi menteri besar, manakala baginda sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat.

“Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran menteri besar dari Pakatan Rakyat.

Pada Julai lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Melabelkan Khalid sebagai “jahil dalam undang-undang Islam dan peranan Mais”, baginda menitahkan supaya ahli jawatankuasa Pas pusat itu mengkaji sejarah dan undang-undang negara sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekecohan di kalangan umat Islam. – mStar Online

Tags: Krisis MB Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?

01/07/2015
0

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua parti di bawahnya iaitu PAS dan DAP....

Bekas Staf Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan Pampasan RM2.6 Juta

05/01/2015
0

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar memulangkan kembali pampasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd