• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Mohon Dagangan Saham Digantung

oleh AK-47
29/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysian Airlines System Bhd (MAS) memohon penggantungan dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang, sementara menunggu pengumuman penting.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd, akan membuat pengumuman berhubung butir-butir cadangan penyusunan semula syarikat penerbangan itu.

MAS berkata permohonan penggantungan berkenaan dibuat mengikut subperenggan 3.1(b) Nota Amalan 2 mengenai Permohonan Penggantungan Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Sementara itu, Bursa Malaysia, dalam makluman Jumaat berkata kelulusan telah diberikan kepada permohonan penggantungan oleh MAS itu.

Saham MAS berakhir pada 25 sen pada pukul 5 petang semalam.

Khazanah Nasional, cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia, yang memiliki 69.4 peratus MAS, mengumumkan pada awal bulan ini bahawa ia akan mendapatkan 30.4 peratus yang tidak dimilikinya di bawah belian balik saham pada 27 sen sesaham yang akan membabitkan kos RM1.38 bilion sebagai permulaan kepada proses penstrukturan semula itu. – BERNAMA

Tags: MASSaham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gunung Berapi Meletus Di Papua New Guinea

Next Post

Belum Ada Bukti Wanita Malaysia Sertai Isis Untuk ‘Jihad Seks’

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Next Post

Belum Ada Bukti Wanita Malaysia Sertai Isis Untuk ‘Jihad Seks’

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd