Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cadangan Inkues Semula Lengahkan...

CADANGAN mengadakan semula inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ternyata mengecewakan...

Sohaimi Shahadan Semakin Pulih...

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas...

KKM Tetapkan 5 Warna...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang...

Kehadiran Malaysia Dalam UNSC...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia menerima sokongan padu untuk menjadi anggota tidak tetap...

Mahu Sumbang RM5,000 Kepada Keluarga Mohd Ghafar

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Penyelia Penerbangan Kabin Malaysia Airlines (MAS) Mohd Ghafar Abu Bakar yang terkorban dalam tragedi penerbangan MH17 di Ukraine bulan lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata walaupun nilai sumbangan kecil, namun ia diharap dapat meringankan beban keluarga Allahyarham berkaitan urusan harian.

“Kerajaan negeri akan menziarah keluarga Allahyarham Mohd Ghafar dalam waktu terdekat ini bagi merakamkan rasa simpati kami kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, pada Isnin.

Jenazah Mohd Ghafar, 54, yang tiba dari Amsterdam pagi semalam, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas pada petangnya.

Allahyarham meninggalkan isteri Normi Abdullah, 54, dan tiga anak, Sa’imah Baizura, 29; Ammar Syarif dan Afi Hazim, 15, yang juga anak kurang upaya (OKU).

Mohd Ghafar adalah antara 298 penumpang dan anak kapal MH17, yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.


Sementara itu, Idris berkata masyarakat khususnya golongan muda perlu memahami erti sebenar kemerdekaan dan pengorbanan nenek moyang yang berusaha membebaskan Malaysia daripada penjajahan.

“Jika kita tidak menyambut kemerdekaan, kita khuatir pada masa depan, anak-anak tidak lagi menghayati erti sebenar kemerdekaan…kita akan hilang segalanya termasuk harga diri, maruah dan kebebasan sejati,” katanya.

Beliau berkata elemen penjajahan bentuk baru seperti ekonomi, sosial dan pemikiran perlu diberi perhatian agar semangat kemerdekaan terus kekal di hati setiap rakyat negara ini terutamanya golongan muda.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 50,000 jalur gemilang diedarkan di seluruh negeri itu sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori