• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Diberitahu Ada Perbualan Antara Anwar & Anifah

oleh AK-47
26/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.

Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.

“Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM,” kata Anwar.

Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: “Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada seseorang dalam perbualan 10 minit.”

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, menganggap defendan sebagai “sangat berani” dan berkata adalah tidak munasabah untuknya membuat tawaran dalam satu panggilan telefon.

Beliau juga berkata tidak ada pertemuan antara beliau dan Anifah tetapi Anifah ada menghubunginya ketika beliau berada di luar negara.

“Beliau (Anifah) menyatakan ada mendengar sekumpulan besar dari Sabah mahu menyertai pembangkang dan beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangannya.

“Beliau berkata jika saya tahu bilangannya, beliau berminat menyertai saya. Saya tidak membuat sebarang tawaran kepadanya, dan sudah pasti tidak mempertimbangkan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri,” kata Anwar.

Pada 27 Mei, 2009, Anwar yang menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi serta Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan reliflain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Rabu ini. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanAnwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd