Sample Page Title

SHAH ALAM – Cadangan pelantikan isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu terus mendapat bantahan pelbagai pihak.

Terbaru, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) sebulat suara menolak cadangan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Presiden gabungan itu, Abdul Rahim Abdul Wahad berkata, gabungan yang terdiri daripada 12 NGO itu, menolak pelantikan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.

“Abdul Khalid menjalankan tugas beliau dengan cemerlang dan gabungan ini melihat tiada sebab beliau patut diganti, kenapa nak tukar pemimpin yang baik.

“Malah beliau juga diganti dengan seorang yang bukan kelahiran Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar, Persatuan Kongres Warisan Melayu Selangor dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.


Krisis Menteri Besar Selangor bermula apabila Abdul Khalid dipecat oleh PKR pada 9 Ogos lepas kerana tidak menurut arahan parti supaya meletakkan jawatan.

Abdul Khalid, yang mengekalkan jawatan Menteri Besar selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pula bertindak memecat anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR pada 12 Ogos lepas apabila mereka enggan menyokong kepimpinannya.

Dua hari lepas, PAS pula membuat keputusan menarik balik sokongannya terhadap Abdul Khalid dan menamakan Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuaratnya kemudian memutuskan bahawa hanya Dr Wan Azizah ialah calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.

Susulan perkembangan itu, Abdul Khalid telah dititah oleh Sultan Selangor untuk menunggu kepulangan baginda ke tanah air pada 27 Ogos ini untuk menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...