• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Ubat Tradisional Skyline Al Taqwa

oleh AK-47
14/08/2014
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA– Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab Saudi dengan nama Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat.

asam

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor.

Beliau berkata dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

“Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers psikiatri seperti euforia, depresi dan psikosis juga didokumenkan untuk dexamethasone,” katanya.

Dr Noor Hisham menasihati orang ramai yang sedang menggunakan produk Skyline Al Taqwa agar segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.

Bagi pengguna yang telah mengambil produk tersebut untuk jangka masa lama, beliau menasihati mereka supaya tidak menghentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah sindrom sarak steroid yang serius seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang membahayakan kesihatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihati supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada [email protected] <mailto:[email protected]>.

Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. — BERNAMA

Tags: doktorhospitalubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

28/07/2025
0

MELBOURNE – Seorang lelaki berdepan lima tambahan pertuduhan berkaitan kes rakaman imej intim di sebuah tandas kakitangan hospital selepas ditahan...

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd