Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Graduan OKU Kolej Komuniti...

SHAH ALAM - Meskipun mengalami masalah pembelajaran, Mohd Kamil Kamaruddin, seorang graduan sijil...

PN Nafi Guna Dana...

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menafikan tuduhan bahawa gabungan tersebut menerima dana...

Diana, Farid Rujuk Demi...

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak.Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri,...

1MDB: Akaun UMNO, Parti...

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu...

Jam Pintar Samsung Gear S Dengan Ruangan SIM

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi jam tangan pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai Gear S

Menariknya mengenai peranti ini adalah dimana ia boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar untuk menggunakannya.

Perkara ini dijayakan dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada peranti ini , sekaligus membolehkan pengguna menyertakan kad SIM pada jam tangan ini.

Samsung-Gear-S_Blue-Black_4

Disamping itu, Gear S turut menyertakan skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, dan turut membawakan tali jam tangan yang boleh diubah seperti Gear 2 sebelum ini.

Sokongan S-Voice turut disertakan pada peranti ini, yang mana menggunakan platform Tizen untuk beroperasi.

Beberapa perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running hadir bersama-sama dengannya.

Pihak Samsung turut mengatakan yang mana pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi.


Bersama-sama dengan Gear S ini, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle yang mana merupakan fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu.

Gear Circle turut hadir dengan sokongan getaran untuk membolehkan pengguna mengetahui akan panggilan masuk dan juga notifikasi.

samsung-gear-circle-01

Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Samsung untuk pasaran global bermula bulan Oktober ini.

 

Sumber: SAMSUNG

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori